Bgn pg td..hati sy terdetik, mungkin kah ini adalah malam Nya? sy terus tgk calendar.mlm td malam ke 23..xde siapa pon tau bila kan malam itu..n sy rs x mustahil mlm td adalah Malam Lailatulqadar..Malam seribu Rahmat..
Spt yg sy ckp td, xde siapa pon tau bila kah mlm itu..firasat sy mungkin benar n mungkin salah..sekiranya benar, alangkah rugi nya sy td dpt menghayati malam itu..smoga Ramadhan akan dtg sy diberi peluang untuk bertemu malam itu lg.. sekirnya salah, sy harap kite semua memperbaiki amalan puasa untuk mengejar mlm itu...
Sy juga ade search infor mengenai mlm LailatulQadar tuk di kongsi disini:
Keistimewaan Lailatul Qadar
Keistimewaan Lailatul Qadar jelas terserlah apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan sebuah surah yang khusus untuknya di dalam al-Qur’an. Surah tersebut dinamakan surah al-Qadar dan ia berbunyi:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar? Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! [al-Qadar 97:1-5]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia menurunkan al-Qur’an al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Dalam 365 hari, Allah telah memilih satu hari untuk menurunkan buku panduan kepada manusia, iaitu pada Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ini letaknya adalah di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain:
Pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]
Keistimewaan seterusnya bagi Lailatul Qadar adalah ia lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung, seribu bulan bersamaan dengan kehidupan selama 83 tahun dan 4 bulan. Ertinya satu malam ini lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ini adalah satu keistimewaan yang tiada tandingannya.
Keistimewaan ketiga bagi Lailatul Qadar adalah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan ini.[1] Hal ini dijelaskan lagi dalam ayat yang lain:
Haa, Miim. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam tersebut kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami. [al-Dukhan 44:1-5]
* Artikel ni adalah sebahagian drp article oleh http://www.hafizfirdaus.com
* Dan doa ni pla sy copy dr (http://maramissetiawan.wordpress.com)

P/S: Smoga kite same2 berusaha mendekat kan diri kepada yang Maha Pencipta..Aminn...

No comments:
Post a Comment