2,3 hari ni sy dgn mak byk bercakap tentang pengalaman disana..rs nya x pernah jemu (untungnya siapa yg dapat belajar kat sane kn..)..n hr ini rindu dtg lg..maka sy tuliskn tentang buku ini..
Penulis, Pn Hajjah Ezee Rahman berjaya mewujudkan keberadaan dan kebersamaan sy spjg perjalan beliau..betul kata org, perasaan itu sangat istimewa..ade byk perkara menarik perhatian sy, yg kadang2 buat kn sy rs "Ya Allah, ruginye sy x menggunakan kesempatan itu".. antara kandungan yg melekat dihati saya dalah:
Satu Perjuangan
Meninggalkan keluarga dan kerja untuk mengerjakan Haji/umrah adalah satu ibadah..juga merupakan satu perjuangan menuju redha ilahi..perjuangan sudah tentu memerlukan pengorbanan..tidak kira dr segi masa tenaga mahupun wang ringgit..bg seorg ibu, meninggalkn anak2 adalah ant pengorbanan yg sgt besar wpon hnya sementara..kerana pergi ke sana ibarat menuju kematian..kita tidak tahu apakah kita akan kembali ketanah air lagi..dan bg sy, meninggalkan kerja dan anak2 buah juga adalah 1 pengorbanan kerana sy tak mahu spjg ketiadaan sy mereka ditimpa masalah diluar kemampuan mereka.. Alhamdullah, setiap org yg berniat, pasti mampu berjuang dan berkorban apa adanya demi ketaatan kepada Allah..
Mendekatkan diri sepenuhnya pd Allah
Rsnye tidak pernah sebelum ni dalam kehidupan seharian kita apa yg kita ingat adalah untuk beribadah kpd Allah sahaja..mendekatkan diri kepadaNya..berzikir memuji namaNya..membaca ayat suci Al-Quran.. tetapi disini itu lah yg berlaku..setiap waktu kita berjalan menuju ke masjid..menunggu azan berkumandang..berdiri solat berjemaah..meneruskan solat sunat..kemudian berzikir dan membaca ayat suci Al-Quran..juga diberikan kekuatan untu tawaf baitullah setiap hari..Itulah kehebatan Allah..yg telah mengosongkan fikiran kita..membersihkan hati kita..menyucikan jiwa kita..agar kit adapt terus kusyu’ dan istiqamah untuk terus mengadapNya..
Mensyukuri dan mengagumi nikmat & rahmat Allah
Penulis seorg yg mempunyai masalah kesihatan..namun masih gigih ingin melaksanakan semua gerak ibadah dengan sendiri wpon dengan sokongan alat bantuan spt wheelchair..kagum dgn semangatnya..itulah nikmat dan rahmay Allah kurniakan..sedihnya perjalanan beliau keranan tidak dpt melaksanan kan semua rukun haji dgn sendiri kerana bimbang memudaratkan.. terus sy bersyukur kerana di sana sy tidak demam sehingga tidak larat utk ke masjid..hanya batuk2, berdarah hidung n muntah2, Alhamdulillah, syukur diberikan kudrat utk terus menunaikan ibadah..
“Maka nikat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”
(surah ar-Rahman, ayat 1)
Semoga Allah jauhkan kite dari menjadi hamba yang kufur dengan nikmat dan rahmat Nya.
Bersyukur ketika diuji
Setiap org tidak akan lepas dr ujian Allah. Yakin lah bahawa ujian Allah itu tidak akan melebihi kemampuan hambaNya..Ujian juga diturunkan bagi menghapuskan dosa kita. Bersyukurlah kerana sekiranya Allah menrunkan ujian bukan bermakna Allah tidah menyayangi kita, tetapi mahu menguji keimanan dan ketaqwaan kita..sama ada kita akan sabar dan terus mengharapkan bantuanNya atau akan menjauhiNya..
Spt kata ustaz, penulis juga berkata, syukur bukan hanya dimulut..bukan hanya dgn mengucapkan Alhamdulillah..tetapi harus la dibuktikan dgn tingkah laku dan perbuatan dalam kehidupan seharian kita..
Sy mohon, sehebat mana pun sy diuji, jgn la Allah jadikan sy hamba yang fasiq, anak yg tidak soleh..atau insan yg tak mulia..
Explorasi seluruhAl-Haram
Menariknya pengalaman penulis, beliau berkesempatan untuk menjelajah pintu ke pintu masjdil haram bersama suami beliau sambil menghayati keindahan al haram dan keajaiban kuasa Allah menciptakan masjid yg begitu hebat ..tp ini tidak berlaku kepada kami kerana kami hanya menggunakan pintu yg sama iaitu Pintu King Fadh dan Pintu Abdul Aziz sj.. Ruang solat juga ruang solat yg sama iaitu berhampiran pintu Abdul Aziz ataupun berhampiran pancur emas..hanya bertukar tempat sujud sahaja..mungkin kerana kami semua perempuan dan pertama kali sampai..keberanian itu kurang kerana keselamatan harus diutamakan..Cuma, berdoa sekiranya dijemput lagi, kami berkesempatan untuk lebih menikmatinya..
Silaturahim Suami Isteri
Spt biasa kebanyakan suami isteri akan mngerjakan haji bersama2.. sepanjang masa bersama ulang alik ke masjid dpt mngekalkan malah mengeratkan hubungan suami isteri..sabarnya suami penulis membuatkan sy kagum kerana masih ada lelaki yg prihatin dan penyayang..tiada yg lebih indah selain org terdekat yg sentiasa disisi..menjadi tulang belakang..pembakar semangat..
Sejujurnya, sewaktu disana, soal jodoh tidak mnjadi keutamaan kpd sy..kerana ingatan dan doa sy lbh kpd arwah ayah, ibu, keluarga dan juga study n kerja.hampir lupa berdoa tentang itu, syukur juga rakan2 mengingatkan siap bagi skrip doa lg.hehehe..
Namun ketika Sai untuk Umrah ke-3 terdetik dihati agr suatu hr nnt sy diberikan kesempatan untuk menuanaikan umrah bersama suami (jika Allah izinkan jodohnya)..tawaf n sai seiringn suami..juga dibimbing oleh bacaan2 doa oleh suami.. Semoga Allah percepatkan jodoh dengan suami yang soleh.. Aminnn….
Indahnya ukhuwah
Berkali2 penulis menceritakan tentang indahnya ukhuwah..sy juga turut merasainya..bermula di KLIA sehingga sekarang..terigt beberapa kisah ketika di Al Haram..saat kami duduk bersebelahan dengan Jemaah dari Turki, Sri Lanka, Indonesia, Riyadh dan lain2..wapon spt ayam dan itik bercakap, tapi kami tetap berbagi senyum..mnghulurkan salam...berkongsi makanan malah cube utk berbual mesra..cukup indah..walaupun berbilang kaum..berbagai bangsa tp kami bertemu di rumah Allah..menyembah Allah yang satu..
Syukur juga dikurniakan sahabat seperjuangan yg sgt prihatin, saling menyokong, saling menjaga..Alhamdulillah…Sayang kamuuu….
Kami akan datang lagi
Setiap yang datang pasti ingin kembali ke sini lg..itu pasti!..berdoalah semoga dijemput kembali..Semoga pengalaman ini akan menyemarakkan lagi semangat iman, amal, mahabbah dan ukhuwah antara kita..terigt detik2 terakhir kami di sana..sewaktu dlm perjalanan ke airport Madinah, Ustaz sntiasa igtkan supaya kita berdoa semoga kita dapat datang lg bln depan, thn depan atau tahun sterusnya..jika bukan kita yg datang, doakan agar anak2 kita..cucu2 kita dapat datang ke tanah suci ini..ucapan akhir yg sangat menyentuh hati..air mata xdapat ditahan lg..kerana tidak pasti bila kita akan kembali lagi..
P/s: wah, panjang pulak ulasan buku ni..nampak gaye boleh siap satu buku lg ni..hehehe..credit to Pn Ezee Rahman..Smoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu :)


No comments:
Post a Comment